black and white bed linen

Mutawwif

Usahawan

Aktivis Ngo dan Usahawan

Suri rumah

Soalan Lazim

Kenapa saya perlu gunakan Think Quran? Kan dah ada al-Quran terjemahan?

Al-Quran terjemahan adalah sumber rujukan yang sangat baik untuk memahami isi kandungan al-Quran tetapi adalah sukar untuk kita mengingat terjemahan keseluruhan al-Quran.

Bagi memahami al-Quran setiap masa tanpa sebarang rujukan kita perlu belajar bahasa Arab al-Quran. Think Quran menyediakan kaedah yang berkesan bagi mempelajari bahasa Arab al-Quran.

Think Quran memfokuskan pada kosa kata yang sering digunakan dalam al-Quran, membuatkan pembelajaran lebih mudah dan berkesan.

Anda juga dapat melihat tahap penguasaan setiap kosa kata yang dipelajari secara visual, membantu dalam memupuk ingatan jangka panjang.

Selain itu, Think Quran juga menyediakan pembelajaran melalui lesson-lesson pendek yang mudah difahami.

Apakah kelebihan kaedah yang diajar dalam Think Quran?

Al-Quran terdiri daripada 77,429 patah perkataan. Yang menariknya, apabila setiap perkataan ini dikira, didapati ada banyak perkataan yang diulang-ulang. Hanya dengan mengingat 900 perkataan sahaja, 80% daripada al-Quran sudah dapat difahami.

Keunikan Think Quran adalah menjadikan keseluruhan proses pembelajaran bahasa Arab al-Quran mudah dan berkesan dengan memfokuskan kepada mempelajari dan mengingat perkataan yang kerap berulang.

Matlamat utama kaedah Think Quran agar pengguna dapat memahami 80% daripada al-Quran apabila mereka membaca atau mendengar al-Quran.


Selain itu, pembelajaran di Think Quran dapat dilakukan di mana-mana mengikut waktu dan keselesaan kita sendiri.

Berapa tempoh masa untuk saya belajar sehingga mahir?

Bergantung kepada setiap individu, kami mensasarkan 6 bulan untuk menguasai semua 900 perkataan sekiranya topik/latihan dilakukan minima 15 min setiap hari secara berterusan.

Apa yang membezakan Think Quran dengan aplikasi al-Quran yang lain?

Kebanyakan aplikasi al-Quran adalah bertujuan untuk membaca al-Quran dengan menggunakan gajet. Manakala Think Quran pula bertujuan untuk mempelajari dan mengingati bahasa Arab al-Quran mengikut kosa kata dan perkataan yang kerap berulang dari al-Quran.

Apakah peranti yang saya perlukan untuk menggunakan Think Quran?

Think Quran boleh digunakan sepenuhnya pada telefon bimbit, komputer riba dan tablet.

Think Quran sediakan sesi percubaan?

Ya, Ada sesi percubaan di sediakan denga akses yang terhad

Apakah yang ditawarkan kepada pengguna Think Quran PLUS?

1) Topik perkataan tanpa had dan percuma akses Surah Quest yang bernilai Rm 399. Setelah selesai 1000 perkataan , anda terus boleh sambung sesi ke Surah Quest . Surah Quest memang dinantikan oleh pengguna Think Quran.
2) Boleh semak kesalahan yang dilakukan. Fungsi semakan sangat-sangat penting dan terbukti berkesan untuk cepat ingat.
3) Menikmati sesi pembelajaran tanpa gangguan iklan.